I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 25, 2009

Thulus jali

Bismillahirrahmanirrahim
Pada mulanya saya ingat thulus jali dan thulus adi mempunyai kaedah masing-masing.Rupanya sama saja.Perbezaannya hanyalah dari segi susunan tarqibnya sahaja.Thulus jali adalah thulus yang bersilang manakala thulus adi adalah mendatar dan tidak bersilang.Di bawah adalah 2 contoh thulus jali yang saya tulis.Ini adalah nama junior saya,mereka meminta saya menulis nama mereka.

Amir Syakirillah Hisyamuddin

Abdul Hadi Hasim

Friday, September 18, 2009

Salam Eidul Fitri

Selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia ini.Moga-moga kita dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada khaliq kita Allah Rabbul jalil.Kepada para khattat,semoga kita dapat terus menjadikan seni khat sebagai wadah yang dapat meningkat kan ketakwaan kita.

Sunday, September 13, 2009

Kaedah untuk huruf Ba'


Ini kaedah untuk huruf Ba' dalam khat thulus.Ini adalah tulisan saya.Banyak lagi kesalahan sebab ni saya tulis dalam keadaan nak cepat siap.

Kaedah penulisan khat Syeikh Abd Aziz

Kaedah basmalah

Kaedah huruf tunggal

Syeikh Abdul Aziz Ar-Rifaie adalah tokoh khat dari negara turki yang sememangnya sangat terkenal di dalam dunia khat.Khattat yang tidak kenal kepada tokoh ini maknanya dia belum habis meneroka dunia seni ini.Disini saya menunjukkan beberapa kaedah penulisan pleh Syeikh Abd Aziz.Yang pertama kaedah penulisan basmalah dan yang kedua kaedah penulisan huruf tunggal.

Perbezaan antara tulisan guru dan muridnya

tulisan Pak Wan

tuisan Ustaz Zainal

Inilah adalah nama saya yang ditulis oleh Ustaz Zainal Arifin pada tahun lepas.Pada bulan lepas saya dan kawan telah menziarahi guru kepada Ustaz Zainal di Seri Mentaloon iaitu penulis khat diraja kedah Ustaz Wan Abdullah Wan Putih atau lebih mesra dengan pabggilan Pak Wan Lah.Di kesempatan itu saya sempat meminta Pak Wan menulis nama saya.Perhatikan perbezaan dua tulisan diatas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...