I made this widget at MyFlashFetish.com.


Saturday, February 12, 2011

Seminar dan pertandingan khat..


SEMINAR DAN PERTANDINGAN SENI KHAT akan dianjurkan oleh Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu pada 12-13 Mac 2011 bertempat di Taman Tamdun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya difahamkan bahawa seminar seni khat ini akan dihadiri oleh penulis khat (khattat) terkenal kelahiran Bosnia yang menetap di Mesir iaitu Munib Obradovic yang dijemput khas oleh TTI untuk pengisian seminar tersebut.

Munib Obradovic adalah penulis seni khat yang terkenal dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa ketika ini. Di samping sering diundang mengadakan pameran dan workshop seni khat di sekitar Mesir dan beberapa negara lain, beliau juga adalah pemenang tempat ke dua (Thuluth Jali) dalam pertandingan seni khat anjuran IRCICA Turki pada tahun 2007. Hasil karyanya sungguh mengkagumkan. Kehebatan tulisannya setanding penulis-penulis khat terkenal Turki seperti Daud Bektash dan Muhammad Ozcay dan ini diakui sendiri oleh ramai tokoh-tokoh seni khat seluruh dunia. InsyaAllah, harapannya pada program ini nanti beliau akan berkongsi dengan kita pengalaman beliau serta mendedahkan rahsia-rahsia untuk menghasilkan tulisan khat yang indah sepertimana karyanya dan bagaimana seorang yang bukan berbangsa Arab sangat berjaya dalam seni khat Arab ini. Jadi peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh penulis seni khat di Malaysia. Ambillah peluang..! Amat jarang acara sebegini diadakan di Negara kita.

Pertandingan seni khat pula dipecahkan kepada empat kategori: 1) Kanvas. 2) Kayu. 3) Logam dan 4) Spontan. Hadiah yang sangat lumayan menanti peserta. Sila lihat detailnya di bawah ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

09-6278805 (Pertanyaan) / 013-2626061 (En. Khalizan) / 017-9305890 (Zafuan)

sumber: diwanikraf.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...