I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday, November 30, 2009

Kufi Murabba'



Ini adalah logo untuk majalah sekolahku,ILHAM.Tetapi ditolak oleh editor.Dengan menggunakan jenis khat kufi murabba'.

Karya guruku..


Bismillahirrahmanirrahim

Khat di atas merupakan karya guru saya.Al-Fadhil Ustaz Mohamad A'sim Zainol.Sangat kreatif di dalam mencipta ayat kepada sesuatu bentuk.Hasil daripada ilmu khat yang dipelajarinya di Mesir.Contohnya seperti di atas,mencipta ayat Idul Ilmi kepada bentuk masjid dengan menggunakan khat kufi.Ustaz A'sim ini seoran yang mahir di dalam khat thulus,diwani,riq'ah dan kufi.

Logo MPI


Bismillahirrahmanirrahim
Karya di atas adalah dicipta sebagai logo untuk sebuah program di sekolahku.Minggu Penghayatan Islam(MPI).Entah khat jenis apa yang saya guna.Khat kufi bebas kot.Dalam bentuk kubah.Sejak MPI yang pertama sehingga tahun lepas,logo dicipta dengan menggunakan khat diwani hasil ilham senior saya iaitu akhi Mu'iz yang sekarang menuntut di universiti Al-Azhar dan Madrasah Tahsin Khutut Mesir.Pada tahun ini saya mencipta logo dengan gaya kufi.Dibawah logo itu tertera cop nama saya yang ditulis oleh Ustaz baki di Yayasan restu.

Latihan thulus


Sabar itu kunci di dalam kesusahan.(Kata-kata hukama')

Jenis khat:Thulus

Jenis pen:Maker saiz 90

Karya MPSK



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,keputusan MPSK semua telah tahu.Karya di atas adalah tulisan ketika pertandingan MPSK baru-baru ini.saya telah menyertai kategori bawah 18 tahun yang mewajibkan peserta menulis dengan menggunakan dua jenis khat iaitu nasakh dan riq'ah.Banyak kelemahan setelah diteliti kembali,mungkin disebabkan suasana persekitaran.Sangat sejuk.terketar-ketar jari.HAsilnya seperti di atas.Bagi khat nasakh,tidak sesuai menulis dengan menggunakan pen yang bermata besar.Ia cantik jika ditulis dengan kecil.Sama juga dengan khat riq'ah.Sekian saja untuk kali ini.

Friday, November 20, 2009

Keputusan MPSK

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,setelah lama menunggu hari yang mendebarkan tiba.Maksud saya,hari keputusan manifestasi perdana seni khat diumumkan.Sangat mendebarkan ketika menyelak satu demi satu helaian akhbar utusan malaysia.Akhirnya terpapar namaku,tetapi hanya menduduki tempat kedua.Tahniah kepada semua khattat yang memenangi pertandingan mengikut kategori masing-masing.Saya hanya tempat kedua kategori bawah 18 tahun.Ada juga rezeki.Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...