I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 29, 2009

Khat ketika berusia 15 tahun

Bismilah,Man yuti'ir rasul faqat 'atha'Allah.Hadis sohih.Hadis ini ditulis dalam khat diwani ketika saya berusia 15 tahun.Hmm..khat pada usia 15 tahun,mesti banyak yang tak kena dengan khat diatas.Masa ni banyak terpengaruh dengan tulisan khat yang tidak betul kaedahnya.Sesiapa yang mahu berikan komen terhadap khat diatas silakan.

Khat untuk sahabat

Bismillah,Ini adalah khat yang diminta oleh sahabat saya.Khat diatas adalah nama mak kepada sahabat saya ni.Mungkin buat hadiah hari jadi agaknya.Seni tulisan khat juga boleh dibuat sebagai hadiah kepada seseorang.Mungkin banyak yang perlu diperbaiki terutama pada huruf sin pada kalimah said.Maaflah,silap bajet.

Tuesday, August 25, 2009

Pertandingan khat Marhaban di Astro

Alhamdulillah,sekali lagi tuhan memberikan keizinan untuk saya menulis.Pada sabtu lepas,telah diadakan pertandingan khat dengan jayanya yang dianjurkan oleh astro sempena marhaban di astro.Ini adalah kali pertama astro menganjurkan pertandingan khat bersempena program marhaban di astro.pertandingan tersebut telah diadakan di Sunway Carnival Mall,Pulau Pinang.Bagi saya,inilah pertandingan khat yang paling meriah dengan penyertaan yang agak ramai dan kerjasama tenaga kerja marhaban di astro.Tempat pertama disandang oleh Ustaz Anis dan kedua oleh Ustaz Zuhus 'Ulya.Manakala di tempat ketiga disandang oleh Ustaz Hasrul.Saya sekadar mendapat saguhati ja..Dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh kawan saya ketika pertandingan sedang berlangsung.


Ustaz Baki sedang memberikan taklimat pertandingan

Suasana ketika pertandingan

Demostrasi oleh Ustaz Baki

Sedang menulis
Hasil tulisanku..

Imad dan Ustaz Baki sedang menilai hasil karya peserta

Sempat bergambar dengan tokoh khat Malaysia bertaraf antarabangsa,Ustaz Abdul Baki



Cuma satu sahaja yang tidak memuaskan hati saya adalah masa yang diberikan.Masa adalah sejam.Sepatutnya untuk pertandingan khat perlu memperuntukkan masa yang lama sekurang-kurangnya 1 jam setengah,itu paling kurang.pertandingan khat kebangsaan masanya adalah 3 jam.Sepatutnya masa yang diberikan lama supaya peserta tidak gelabah dan peserta dapat menghasilkan karya dengan lebih baik dan memuaskan peserta sendiri.WALLAHUA'ALAM.

Wednesday, August 12, 2009

Pertandingan Seni Khat

Satu pertandingan seni khat akan diadakan sempena program Marhaban di Astro.berikut adalah beberapa terma dan syarat penyertaan pertandingan tersebut.


  • Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
  • Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi olehsekretariat penganjur dan para juri.
  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
  • Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertaslukisan putih A3.
  • Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumidoa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
  • Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
  • Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
  • Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
  • Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh paraprofesional.
  • Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab keatas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
  • 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
  • 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
  • 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
  • 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang,
  • SelangorSila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelumberlangsungnya pertandingan.
  • Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
  • 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat GrandFinal yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 017-5757808 atau fax 04-9246612.Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com atau melayari laman web rasmi http://www.marhabandiastro.com

Saturday, August 1, 2009

Kaedah mempelajari tarqib susunan



Ini adalah karya tiruan yang ditulis oleh saya sendiri.Di dalam pembelajaran seni khat,meniru karya para khattat yang perfect diharuskan bagi meningkatkan kualiti penyusunan tarqib huruf.Karya ini ditulis berdasarkan karya 'Amid Al-khat Al-Arabi Sayyid Ibrahim.

Bolehlah menilai sendiri..

Contohi penyusunan tarqib daripada para khattat yang lain

Karya ini adalah hasil tulisan saya.Ditashih oleh guru saya Ustaz A'sim.Kelemahan saya adalah untuk menulis tarqib dhommah pada perkataan MUS.Sebenarnya karya ini saya tulis semula berdasarkan karya dibawah.

Menulis khat mestilah berguru


Karya ini ditashihkan oleh Ustaz A'sim.Rupanya terdapat banyak kelemahan yang perlu di perbaiki lagi.Terutamanya di kepala huruf Ha' dan perkataan khaira pada huruf Kho tidak menepati syaratnya iaitu mestilah sekurang-kurangnya sebesar satu titik.Ini juga adalah tulisan saya.Jika ada yang tidak menepati syarat,bolehlah berikan pandangan.

Pentashihan oleh guruku..



Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak menulis atau mempamer mengenai seni khat,pada kali ini Allah telah memberi keizinan kepada saya untuk mempamerkan gambar diatas.Ini adalah tulisan saya yang telah ditashih oleh mu'allim saya ustaz A'sim Zainol yang merupakan junior Ustaz Nik Abd Rahman ketika di madrasah tahsin khutut mesir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...