I made this widget at MyFlashFetish.com.


Tuesday, June 29, 2010

Pertandingan Khat Yayasan Restu


Waktu Mula:pada 30hb Julai 2010 pukul 8.00 pagi
Waktu Tamat:pada 10hb Ogos 2010 pukul 6.00 ptg
Lokasi:Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor

KeteranganPertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di
Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam,

Selangor.Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:
1. Kategori kanak-kanak (Sekolah Rendah) Khat Nasakh (Spontan)Tarikh : 31 Julai 2010
2. Kategori Remaja (Sekolah Menengah) Khat Nasakh (Spontan)Tarikh : 1 Ogos 2010
3. Kategori Terbuka (Dewasa) Khat Nasakh (Spontan)Tarikh : 7 Ogos 2010
4. Kategori Terbuka (Dewasa) Khat Thuluth (Spontan)Tarikh : 7 Ogos 2010

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Kategori kanak-kanak
Pertama : RM500.00 + Sijil
Kedua : RM300.00 + Sijil
Ketiga : RM200.00 + Sijil
Saguhati (x3) : RM50.00 + Sijil

Kategori Remaja
Pertama : RM700.00 + Sijil
Kedua : RM500.00 + Sijil
Ketiga : RM300.00 + Sijil
Saguhati (x3) : RM100.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Nasakh)
Pertama : RM2500.00 + Sijil
Kedua : RM1500.00 + Sijil
Ketiga : RM700.00 + Sijil
Saguhati (x3) : RM300.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Thuluth)
Pertama : RM3000.00 + Sijil
Kedua : RM2000.00 + Sijil
Ketiga : RM1000.00 + Sijil
Saguhati (x3) : RM500.00 + Sijil

Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di
:Yayasan Restu,Kompleks Taman Seni Islam Selangor,Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,Selangor, Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:

Tel pejabat : 03-55119001
Mohd Yazid : 019-3448719
Zulhelmi : 013-4140845
Umi Faezah : 016-6375997

Sumber: http://arabiccalligraphy.wordpress.com

Thursday, January 7, 2010

Waleed Karajah

Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada khattat jordan yang juga guru kepada ramai khattat di Malaysia iaitu Ustaz Waleed Karajah.Antara murid beliau di Malaysia ialah Ustaz Zuhud,Ustaz Hasrul,Ustaz Halias dan ramai lagi murid tidak rasmi beliau.Kebelakangan ini saya melihat ramai khattat Malaysia berinteraksi dengan beliau dan saya merasakan kerugian jika tidak berinteraksi dengan beliau sedangkan beliau mencipta blog untuk berhubung dengan lebih mudah dengan khattat Malaysia.Oleh itu saya juga tidak terlepas untuk meminta beliau menulis nama saya dengan tulisan beliau.Tulisan beliau amat cantik kerana menulis dengan menggunakan dakwat warna,bukan hitam.Dan ini akan menampakkan lagi kehalusan seni khat.Di bawah saya paparkan nama saya yang ditulis baru-baru ini.
dalam khat thulus




dalam khat jali diwani


Thank you so much to Mr Waleed Karajah for the khat..

Friday, January 1, 2010

Karya-karya pemenang MPSK

Bismillahirrahmanirrahim

Pada tanggal 31 haribulan 12 tahun lepas,saya telah pergi ke majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan manifestasi perdana seni khat.Alhamdulillah,sangat seronok dapat berjumpa dengan ramai khattat dan dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman mereka.Inilah kali pertama saya berjumpa dengan ustaz Zawadi,ustaz Fadil,saudara Shafiq dan ramai lagi yang saya belum pernah bertentang muka dengan mereka,hanya melawat blog mereka sahaja dan di dalam majlis ini saya dapat bertemu dengan mereka semua..Gambar di bawah adalah karya yang mendapat tempat pertama bagi setiap kategori..

no 1 nasakh dan riq'ah(bwh 18 tahun) drpd Wan Mohamad Amirul Akmar

no1 thulus drpd Ustaz Fadil

no1 riq'ah drpd Ustaz Zawadi

no1 khat nasakh drpd saudara Mohd Zulfikri

no1 kanvas tradisional drpd Mohd Shafiq
no 1 kanvas bebas drpd Ahmad Jurjani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...