Buku qawaid thulus jali drpd Mus'ad Khudoir
SENI KHAT MERUPAKAN TASAWUR YANG MENGGAMBARKAN BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA YANG INDAH
Sunday, December 27, 2009
Buku rujukan
Bismillahirrahmanirrahim
Buku rujukan adalah sesuatu yang penting kepada sesiapa yang mempelajari seni khat.tidak cukup hanya sekadar berguru.Dengan adanya buku rujukan maka ia adalah sebagai pengganti kepada guru ketika kita membuat latihan.Dengan adanya buku rujukan seni khat kita dapat meningkatkan kualiti penulisan kita.Gambar dibawah adalah antara buku-buku rujukan saya dalam mempelajari seni khat.Qawaid khat drpd Sayyid Ibrahim
Buku qawaid thulus jali drpd Mus'ad Khudoir
Buku qawaid thulus jali drpd Mus'ad Khudoir
Monday, November 30, 2009
Kufi Murabba'
Karya guruku..
Bismillahirrahmanirrahim
Khat di atas merupakan karya guru saya.Al-Fadhil Ustaz Mohamad A'sim Zainol.Sangat kreatif di dalam mencipta ayat kepada sesuatu bentuk.Hasil daripada ilmu khat yang dipelajarinya di Mesir.Contohnya seperti di atas,mencipta ayat Idul Ilmi kepada bentuk masjid dengan menggunakan khat kufi.Ustaz A'sim ini seoran yang mahir di dalam khat thulus,diwani,riq'ah dan kufi.
Logo MPI
Bismillahirrahmanirrahim
Karya di atas adalah dicipta sebagai logo untuk sebuah program di sekolahku.Minggu Penghayatan Islam(MPI).Entah khat jenis apa yang saya guna.Khat kufi bebas kot.Dalam bentuk kubah.Sejak MPI yang pertama sehingga tahun lepas,logo dicipta dengan menggunakan khat diwani hasil ilham senior saya iaitu akhi Mu'iz yang sekarang menuntut di universiti Al-Azhar dan Madrasah Tahsin Khutut Mesir.Pada tahun ini saya mencipta logo dengan gaya kufi.Dibawah logo itu tertera cop nama saya yang ditulis oleh Ustaz baki di Yayasan restu.
Karya MPSK
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,keputusan MPSK semua telah tahu.Karya di atas adalah tulisan ketika pertandingan MPSK baru-baru ini.saya telah menyertai kategori bawah 18 tahun yang mewajibkan peserta menulis dengan menggunakan dua jenis khat iaitu nasakh dan riq'ah.Banyak kelemahan setelah diteliti kembali,mungkin disebabkan suasana persekitaran.Sangat sejuk.terketar-ketar jari.HAsilnya seperti di atas.Bagi khat nasakh,tidak sesuai menulis dengan menggunakan pen yang bermata besar.Ia cantik jika ditulis dengan kecil.Sama juga dengan khat riq'ah.Sekian saja untuk kali ini.
Friday, November 20, 2009
Keputusan MPSK
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah,setelah lama menunggu hari yang mendebarkan tiba.Maksud saya,hari keputusan manifestasi perdana seni khat diumumkan.Sangat mendebarkan ketika menyelak satu demi satu helaian akhbar utusan malaysia.Akhirnya terpapar namaku,tetapi hanya menduduki tempat kedua.Tahniah kepada semua khattat yang memenangi pertandingan mengikut kategori masing-masing.Saya hanya tempat kedua kategori bawah 18 tahun.Ada juga rezeki.Sekian..
Thursday, October 29, 2009
Logo Majalah
Salam kepada semua pengunjung.Baru-baru ini saya telah diminta untuk mencipta logo untuk majalah sekolah yaitu perkataan ILHAM.Hasilnya seperti di atas.Puas hati jugak dengan tulisanku kali ini berbanding tulisan logo tahun lepas.Kali ini dalam seni khat thulus pula.Pada pandangan saya,masih ada juga yang kurang elok dengan logo di atas dari segi qawaid huruf.Sekian saja untuk kali ini.
Saturday, October 17, 2009
Friday, September 25, 2009
Thulus jali
Bismillahirrahmanirrahim
Pada mulanya saya ingat thulus jali dan thulus adi mempunyai kaedah masing-masing.Rupanya sama saja.Perbezaannya hanyalah dari segi susunan tarqibnya sahaja.Thulus jali adalah thulus yang bersilang manakala thulus adi adalah mendatar dan tidak bersilang.Di bawah adalah 2 contoh thulus jali yang saya tulis.Ini adalah nama junior saya,mereka meminta saya menulis nama mereka.
Amir Syakirillah Hisyamuddin
Abdul Hadi Hasim
Friday, September 18, 2009
Salam Eidul Fitri
Selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia ini.Moga-moga kita dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada khaliq kita Allah Rabbul jalil.Kepada para khattat,semoga kita dapat terus menjadikan seni khat sebagai wadah yang dapat meningkat kan ketakwaan kita.
Sunday, September 13, 2009
Kaedah untuk huruf Ba'
Kaedah penulisan khat Syeikh Abd Aziz
Kaedah huruf tunggal
Syeikh Abdul Aziz Ar-Rifaie adalah tokoh khat dari negara turki yang sememangnya sangat terkenal di dalam dunia khat.Khattat yang tidak kenal kepada tokoh ini maknanya dia belum habis meneroka dunia seni ini.Disini saya menunjukkan beberapa kaedah penulisan pleh Syeikh Abd Aziz.Yang pertama kaedah penulisan basmalah dan yang kedua kaedah penulisan huruf tunggal.
Perbezaan antara tulisan guru dan muridnya
Inilah adalah nama saya yang ditulis oleh Ustaz Zainal Arifin pada tahun lepas.Pada bulan lepas saya dan kawan telah menziarahi guru kepada Ustaz Zainal di Seri Mentaloon iaitu penulis khat diraja kedah Ustaz Wan Abdullah Wan Putih atau lebih mesra dengan pabggilan Pak Wan Lah.Di kesempatan itu saya sempat meminta Pak Wan menulis nama saya.Perhatikan perbezaan dua tulisan diatas.
Saturday, August 29, 2009
Khat ketika berusia 15 tahun
Bismilah,Man yuti'ir rasul faqat 'atha'Allah.Hadis sohih.Hadis ini ditulis dalam khat diwani ketika saya berusia 15 tahun.Hmm..khat pada usia 15 tahun,mesti banyak yang tak kena dengan khat diatas.Masa ni banyak terpengaruh dengan tulisan khat yang tidak betul kaedahnya.Sesiapa yang mahu berikan komen terhadap khat diatas silakan.
Khat untuk sahabat
Bismillah,Ini adalah khat yang diminta oleh sahabat saya.Khat diatas adalah nama mak kepada sahabat saya ni.Mungkin buat hadiah hari jadi agaknya.Seni tulisan khat juga boleh dibuat sebagai hadiah kepada seseorang.Mungkin banyak yang perlu diperbaiki terutama pada huruf sin pada kalimah said.Maaflah,silap bajet.
Tuesday, August 25, 2009
Pertandingan khat Marhaban di Astro
Alhamdulillah,sekali lagi tuhan memberikan keizinan untuk saya menulis.Pada sabtu lepas,telah diadakan pertandingan khat dengan jayanya yang dianjurkan oleh astro sempena marhaban di astro.Ini adalah kali pertama astro menganjurkan pertandingan khat bersempena program marhaban di astro.pertandingan tersebut telah diadakan di Sunway Carnival Mall,Pulau Pinang.Bagi saya,inilah pertandingan khat yang paling meriah dengan penyertaan yang agak ramai dan kerjasama tenaga kerja marhaban di astro.Tempat pertama disandang oleh Ustaz Anis dan kedua oleh Ustaz Zuhus 'Ulya.Manakala di tempat ketiga disandang oleh Ustaz Hasrul.Saya sekadar mendapat saguhati ja..Dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh kawan saya ketika pertandingan sedang berlangsung.
Ustaz Baki sedang memberikan taklimat pertandingan
Demostrasi oleh Ustaz Baki
Sedang menulis
Hasil tulisanku..
Imad dan Ustaz Baki sedang menilai hasil karya peserta
Sempat bergambar dengan tokoh khat Malaysia bertaraf antarabangsa,Ustaz Abdul Baki
Cuma satu sahaja yang tidak memuaskan hati saya adalah masa yang diberikan.Masa adalah sejam.Sepatutnya untuk pertandingan khat perlu memperuntukkan masa yang lama sekurang-kurangnya 1 jam setengah,itu paling kurang.pertandingan khat kebangsaan masanya adalah 3 jam.Sepatutnya masa yang diberikan lama supaya peserta tidak gelabah dan peserta dapat menghasilkan karya dengan lebih baik dan memuaskan peserta sendiri.WALLAHUA'ALAM.
Wednesday, August 12, 2009
Pertandingan Seni Khat
Satu pertandingan seni khat akan diadakan sempena program Marhaban di Astro.berikut adalah beberapa terma dan syarat penyertaan pertandingan tersebut.
- Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
- Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi olehsekretariat penganjur dan para juri.
- Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
- Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertaslukisan putih A3.
- Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumidoa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
- Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
- Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
- Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
- Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
- Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh paraprofesional.
- Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab keatas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
- 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
- 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
- 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
- 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang,
- SelangorSila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelumberlangsungnya pertandingan.
- Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
- 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat GrandFinal yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 017-5757808 atau fax 04-9246612.Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com atau melayari laman web rasmi http://www.marhabandiastro.com
Saturday, August 1, 2009
Kaedah mempelajari tarqib susunan
Contohi penyusunan tarqib daripada para khattat yang lain
Menulis khat mestilah berguru
Karya ini ditashihkan oleh Ustaz A'sim.Rupanya terdapat banyak kelemahan yang perlu di perbaiki lagi.Terutamanya di kepala huruf Ha' dan perkataan khaira pada huruf Kho tidak menepati syaratnya iaitu mestilah sekurang-kurangnya sebesar satu titik.Ini juga adalah tulisan saya.Jika ada yang tidak menepati syarat,bolehlah berikan pandangan.
Pentashihan oleh guruku..
Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak menulis atau mempamer mengenai seni khat,pada kali ini Allah telah memberi keizinan kepada saya untuk mempamerkan gambar diatas.Ini adalah tulisan saya yang telah ditashih oleh mu'allim saya ustaz A'sim Zainol yang merupakan junior Ustaz Nik Abd Rahman ketika di madrasah tahsin khutut mesir.
Wednesday, June 10, 2009
Monday, June 1, 2009
Pengenalan khat nasakh
Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam.Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an. Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.
Khattat muda
Subscribe to:
Posts (Atom)