- Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
- Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi olehsekretariat penganjur dan para juri.
- Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
- Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertaslukisan putih A3.
- Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumidoa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
- Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
- Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
- Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
- Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
- Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh paraprofesional.
- Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab keatas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
- 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
- 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
- 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
- 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang,
- SelangorSila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelumberlangsungnya pertandingan.
- Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
- 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat GrandFinal yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 017-5757808 atau fax 04-9246612.Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com atau melayari laman web rasmi http://www.marhabandiastro.com
No comments:
Post a Comment