I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, January 7, 2010

Waleed Karajah

Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada khattat jordan yang juga guru kepada ramai khattat di Malaysia iaitu Ustaz Waleed Karajah.Antara murid beliau di Malaysia ialah Ustaz Zuhud,Ustaz Hasrul,Ustaz Halias dan ramai lagi murid tidak rasmi beliau.Kebelakangan ini saya melihat ramai khattat Malaysia berinteraksi dengan beliau dan saya merasakan kerugian jika tidak berinteraksi dengan beliau sedangkan beliau mencipta blog untuk berhubung dengan lebih mudah dengan khattat Malaysia.Oleh itu saya juga tidak terlepas untuk meminta beliau menulis nama saya dengan tulisan beliau.Tulisan beliau amat cantik kerana menulis dengan menggunakan dakwat warna,bukan hitam.Dan ini akan menampakkan lagi kehalusan seni khat.Di bawah saya paparkan nama saya yang ditulis baru-baru ini.
dalam khat thulus




dalam khat jali diwani


Thank you so much to Mr Waleed Karajah for the khat..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...