I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, January 7, 2010

Waleed Karajah

Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada khattat jordan yang juga guru kepada ramai khattat di Malaysia iaitu Ustaz Waleed Karajah.Antara murid beliau di Malaysia ialah Ustaz Zuhud,Ustaz Hasrul,Ustaz Halias dan ramai lagi murid tidak rasmi beliau.Kebelakangan ini saya melihat ramai khattat Malaysia berinteraksi dengan beliau dan saya merasakan kerugian jika tidak berinteraksi dengan beliau sedangkan beliau mencipta blog untuk berhubung dengan lebih mudah dengan khattat Malaysia.Oleh itu saya juga tidak terlepas untuk meminta beliau menulis nama saya dengan tulisan beliau.Tulisan beliau amat cantik kerana menulis dengan menggunakan dakwat warna,bukan hitam.Dan ini akan menampakkan lagi kehalusan seni khat.Di bawah saya paparkan nama saya yang ditulis baru-baru ini.
dalam khat thulus




dalam khat jali diwani


Thank you so much to Mr Waleed Karajah for the khat..

Friday, January 1, 2010

Karya-karya pemenang MPSK

Bismillahirrahmanirrahim

Pada tanggal 31 haribulan 12 tahun lepas,saya telah pergi ke majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan manifestasi perdana seni khat.Alhamdulillah,sangat seronok dapat berjumpa dengan ramai khattat dan dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman mereka.Inilah kali pertama saya berjumpa dengan ustaz Zawadi,ustaz Fadil,saudara Shafiq dan ramai lagi yang saya belum pernah bertentang muka dengan mereka,hanya melawat blog mereka sahaja dan di dalam majlis ini saya dapat bertemu dengan mereka semua..Gambar di bawah adalah karya yang mendapat tempat pertama bagi setiap kategori..

no 1 nasakh dan riq'ah(bwh 18 tahun) drpd Wan Mohamad Amirul Akmar

no1 thulus drpd Ustaz Fadil

no1 riq'ah drpd Ustaz Zawadi

no1 khat nasakh drpd saudara Mohd Zulfikri

no1 kanvas tradisional drpd Mohd Shafiq
no 1 kanvas bebas drpd Ahmad Jurjani

Sunday, December 27, 2009

Buku rujukan

Bismillahirrahmanirrahim

Buku rujukan adalah sesuatu yang penting kepada sesiapa yang mempelajari seni khat.tidak cukup hanya sekadar berguru.Dengan adanya buku rujukan maka ia adalah sebagai pengganti kepada guru ketika kita membuat latihan.Dengan adanya buku rujukan seni khat kita dapat meningkatkan kualiti penulisan kita.Gambar dibawah adalah antara buku-buku rujukan saya dalam mempelajari seni khat.Qawaid khat drpd Sayyid Ibrahim

Buku qawaid thulus jali drpd Mus'ad Khudoir

Buku rujukan khat diwani dr Mesir

Monday, November 30, 2009

Kufi Murabba'



Ini adalah logo untuk majalah sekolahku,ILHAM.Tetapi ditolak oleh editor.Dengan menggunakan jenis khat kufi murabba'.

Karya guruku..


Bismillahirrahmanirrahim

Khat di atas merupakan karya guru saya.Al-Fadhil Ustaz Mohamad A'sim Zainol.Sangat kreatif di dalam mencipta ayat kepada sesuatu bentuk.Hasil daripada ilmu khat yang dipelajarinya di Mesir.Contohnya seperti di atas,mencipta ayat Idul Ilmi kepada bentuk masjid dengan menggunakan khat kufi.Ustaz A'sim ini seoran yang mahir di dalam khat thulus,diwani,riq'ah dan kufi.

Logo MPI


Bismillahirrahmanirrahim
Karya di atas adalah dicipta sebagai logo untuk sebuah program di sekolahku.Minggu Penghayatan Islam(MPI).Entah khat jenis apa yang saya guna.Khat kufi bebas kot.Dalam bentuk kubah.Sejak MPI yang pertama sehingga tahun lepas,logo dicipta dengan menggunakan khat diwani hasil ilham senior saya iaitu akhi Mu'iz yang sekarang menuntut di universiti Al-Azhar dan Madrasah Tahsin Khutut Mesir.Pada tahun ini saya mencipta logo dengan gaya kufi.Dibawah logo itu tertera cop nama saya yang ditulis oleh Ustaz baki di Yayasan restu.

Latihan thulus


Sabar itu kunci di dalam kesusahan.(Kata-kata hukama')

Jenis khat:Thulus

Jenis pen:Maker saiz 90

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...