I made this widget at MyFlashFetish.com.


Tuesday, August 25, 2009

Pertandingan khat Marhaban di Astro

Alhamdulillah,sekali lagi tuhan memberikan keizinan untuk saya menulis.Pada sabtu lepas,telah diadakan pertandingan khat dengan jayanya yang dianjurkan oleh astro sempena marhaban di astro.Ini adalah kali pertama astro menganjurkan pertandingan khat bersempena program marhaban di astro.pertandingan tersebut telah diadakan di Sunway Carnival Mall,Pulau Pinang.Bagi saya,inilah pertandingan khat yang paling meriah dengan penyertaan yang agak ramai dan kerjasama tenaga kerja marhaban di astro.Tempat pertama disandang oleh Ustaz Anis dan kedua oleh Ustaz Zuhus 'Ulya.Manakala di tempat ketiga disandang oleh Ustaz Hasrul.Saya sekadar mendapat saguhati ja..Dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh kawan saya ketika pertandingan sedang berlangsung.


Ustaz Baki sedang memberikan taklimat pertandingan

Suasana ketika pertandingan

Demostrasi oleh Ustaz Baki

Sedang menulis
Hasil tulisanku..

Imad dan Ustaz Baki sedang menilai hasil karya peserta

Sempat bergambar dengan tokoh khat Malaysia bertaraf antarabangsa,Ustaz Abdul Baki



Cuma satu sahaja yang tidak memuaskan hati saya adalah masa yang diberikan.Masa adalah sejam.Sepatutnya untuk pertandingan khat perlu memperuntukkan masa yang lama sekurang-kurangnya 1 jam setengah,itu paling kurang.pertandingan khat kebangsaan masanya adalah 3 jam.Sepatutnya masa yang diberikan lama supaya peserta tidak gelabah dan peserta dapat menghasilkan karya dengan lebih baik dan memuaskan peserta sendiri.WALLAHUA'ALAM.

1 comment:

Anwarul Islam said...

Assalamualaikum.Awat tak masukkan gambaq abg toq ngan us imad?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...